Assalamualaikum. Hari ini aku terkejut dengan video yang agak lama tersebar di facebook berkenaan dengan tuntutan pelajar kepada pegawai perak. Selepas insiden tampar pelajar yang melibatkan pegawai Perak dan Exco pelajar Perak, mereka merancang untuk menuntut bela atas "kezaliman" yang telah berlaku kepada pelajar tersebut. Anda boleh merujuk pada post disini sebab aku tak nak ulas lagi benda yang sama. Videoa nya pula nda boleh lihat disini.
Cuba lihat tuntutan yang dikemukakan mereka. Masuk akal tak? Bersifat membela nasib pelajar atau bersifat kurang ajar? Aku setuju kalau mereka mahu pegawai Perak untuk meminta maaf atas insiden yang lepas walaupun hakikatnya pegawai tak salah pun tetapi bagaimana pula dengan 2 lagi tuntutan mereka selepas itu? Suruh pegawai balik Malaysia, letak jawatan dan kembalikan hak mereka sebagai mahasiswa? Apa kejadahnya tuntutan macam tu? Kurang ajar suruh orang balik Malaysia. Kenapa nak suruh orang balik Malaysia? Senang untuk korang racun lagi kepala budak-budak baru, senang korang nak buat kerja korang? Korang ustaz-ustaz hanya mahukan kuasa mutlak korang di rumah negeri tu. Rumah negeri tu bukan bapak korang punya. Suka hati korang nak buat apa-apa yang korang nak. Agak-agak la sikit.
Kenapa mereka nak suruh pegawai balik Malaysia? Kerana pegawai kejam macam tu? Aku mungkin bukan anak Perak tapi pada aku, tuntutan yang di kemukakan sangat bersifat kurang ajar. Apakah yang bermain dalam fikiran mereka ketika itu sampaikan mahu pegawai letak jawatan dan pulang terus. Apakah mereka mahukan pegawai lain atau mereka mahu rumah Perak itu di jaga oleh mereka sahaja. Tambahan lagi, kes pelajar kurang ajar dengan pegawai banyak juga berlaku di rumah negeri lain. Aku lihat mereka hanya mahukan rumah negeri itu kosong tanpa pegawai seperti mana sebelum ini kerana pada pandangan mereka, pegawai "menyusahkan" mereka. Walhal pegawai lebih banyak menyenangkan urusan pentadbiran rumah negeri. Apa urusan mereka datang ke Mesir? BELAJAR! Kenapa tak biarkan sahaja pegawai yang jaga rumah negeri dan korang teruskan usaha untuk menuntut ilmu? Pembaca nampak tak apa yang mereka sedang lakukan. Mereka mahu rumah negeri ini jadi milik mereka secara total sedangkan rumah negeri ini adalah milik kerajaan negeri sendiri.
Tuntutan seterusnya oleh mereka, kembalikan hak mereka sebagai mahasiswa. Aku rasa hak mereka memang dah dikembalikan pun dan tak pernah diusik. Apa hak mereka? Belajar. Pegawai tak pernah halang mereka untuk belajar, tak ada pula aku dengar mereka tak boleh tinggal dirumah negeri yang pada aku jauh lagi murah dari rumah sewa, selesa dan menyenangkan. Hak mana yang mereka persoalkan? Hak mereka untuk meroyan sana sini berkenaan persatuan mereka? Hak mereka untuk mengutamakan persatuan lebih dari belajar? Hak mereka untuk mengendalikan rumah negeri tanpa pegawai? Begitu kah hak yang mereka maksudkan. Aku geleng kepala tengok muka seorang-seorang dengan yakinnya mereka berada dijalan yang benar. Pembaca lihatlah apa yang dah terjadi di Mesir ini. Kalau begini hasil ustaz-ustaz dari Al-Azhar, pada aku tak perlu lah hantar mereka ke sini. Hantar la mereka belajar di tempat lain. Hanya menyusahkan orang lain, kerja memburukkan orang dan fitnah sana sini.
Pegawai tak layan pun mereka. Buat apa nak layan orang gila macam tu. Memang patut pun panggil polis sebab serang pejabat orang tanpa diundang. Bukan tak boleh nak bincang sendiri. Pelajar yang ditampar tu pun tak mahu jumpa sendiri dengan pegawai untuk berbincang secara elok. Nak juga panggil orang lain datang ramai-ramai siap buat rakaman lagi. Tujuan untuk memalukan pegawai atau apa? Pegawai tu bukan robot, manusia juga macam korang. Kalau bincang cara elok-elok akan lembut juga hati dia. Bukan datang serang ramai-ramai sampai sanggup menyempit dalam pejabat tu.
p/s : Tengok pegawai nak telefon polis, teringat aku masa kes kat rumah Johor tu. Ustaz-ustaz yang dah hilang kawalan, mengamuk kat rumah Johor dengan maki-maki akhirnya bersurai sebab tahu polis nak datang. Lepas tu dikatakan mengugut pula. Memang ustaz kat Mesir ni banyak yang kurang ajar dan tak ada otak.

apalah depa nih.. pelik.. banyak sangat nengok DVD nih..
ReplyDelete