Tuesday, 12 March 2013

Menjaga Ikhtilat La Sangat Kan PMRAM.


Aku copy paste je la apa yang sahabat aku ni ceritakan. Tak ada tokok tambah. Nilai sendiri.

Dari Seorang Sahabat Akhawat.

pejam celik pejam celik, dah masuk dua tahun saya di mesir.
banyak yg saya belajar mngenai 'culture' pelajar di mesir, di mana ketika baru sampai di mesir saya secara jujurnya memang agak terkejut / culture shock dengan suasana pelajar Malaysia di Mesir berbanding dengan orang arabnya sendiri yang peramah. mungkin kerana sifat 'extreme' dalam menjaga 'ikhtilat' tapi sendiri buat di belakang membuatkan saya rasa mereka pun manusia biasa juga, mahu berteman istimewa tapi tak tahu macam mana nak jaga batasan tersebut secara syarie. ikhwah bercakap dengan akhawat di khalayak ramai tak boleh. tapi mesej2, calling2 kat belakang boleh? buat kek bagai2 bagi dekat ustaz sekian2 dikira syarie lah? alololo chooooo chweet.

katanya ditindas, katanya dizalimi, entah celah mana dizaliminya. saya masih ingat saya seolah didoakan oleh senior sekian agar tidak lulus periksa tahun 1. sebab saya tidak ikut cara mereka kah? sebab saya pergi talaqqi balik malam takda musyrif kah? sebab saya tolak permintaan mereka untuk dilantik jadi ajk persatuan mereka? tertanya2 juga saya, macam ni kah sifat budak persatuan yang bersifatkan sebuah persatuan islamik tapi dalam waktu yang sama suka mendoakan yang tidak baik terhadap orang, update status2 mengutuk orang. saya rasa macam duduk dengan budak sekolah, bukan mahasiswa.

sudah-sudahlah tu mengutuk kami yang tak join persatuan anda. mengutuk Hj. Maulan dan pegawai HEP seolah2 mcm anda tiada salah langsung. anda saja yang betul, dan hanya anda saja yang perlu disokong sepenuhnya agaknya. bila tak ikut cara anda, mula lah bertindak ikut kepala sendiri, kata diri ditindas, dizalimi dsb. maklumlah, rumah negeri ni kan 'rumah' milik anda seorang je.
kadang2 bila dah berdiam lama bukan bermaksud kita ni yang salah. tapi malas nk mengeraskan hati dengan melayan fitnah dan tohmahan mereka. saya sarankan jika ada yang membaca atau terbaca page 'mahasiswa johor berbangkit' janganlah menerima bulat2. kaji selidiklah dulu sebelum menghukum. anda bukan berada di sini, anda tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.

banyak lagi sebenarnya isu2nya, tapi penat saya nak menaip. moga allah lembutkan hati2 kita ini semua. ameen

No comments:

Post a Comment