Tuesday, 5 February 2013

Insiden Tampar Dan Cerita Di Sebaliknya.

Ni ha baru berlaku baru-baru ini. Insiden tampar yang terjadi antara Pegawai Perak dengan pelajar berstatus Exco persatuan pelajar di rumah Perak (ada kaitan dengan PMRAM gak). Hairan aku, apa pasal la Ustaz Muhaimin ni (Pegawai Perak) suka hati dia je nak tampar anak orang? Nak-nak yang ditampar nya mahasiswa PMRAM? Apa Ustaz Muhaimin ni tak tahu ke PMRAM ada akta mereka, Mahasiswa PMRAM tak boleh disentuh, ditampar walau dalam apa keadaan sekalipun. Kah Kah Kah. Cerita pasal Pegawai Perak ni tampar orang sampai sebulan pun tak sudah-sudah cerita dia. Macam-macam versi aku dengar, kadang-kadang bernanah gak telinga aku. PMRAM kaki pusing cerita, memang tak kan cerita benda yang tak menguntung kan mereka. Aku baca blog yang tulis kronologi peristiwa versi PMRAM kat sini. Korang boleh baca sendiri dan nilai sendiri. Aku baca pun sampai sakit kepala aku nak faham. Apa punya banyak la tiba-tiba. Tiba-tba kena halau, tiba-tiba kena tampar. Aku nak tanya la, kalau orang kena penampar ni, biasa nya dia saja nak tampar orang ke atau ada sebab kena tampar? Jawab la sendiri. Haha.

Ni cerita versi Pegawai Perak yang sempat aku jumpa. Aku bertanya pada dia apa sebenarnya masalah yang terjadi antara dia dengan pelajar tu. Ceritanya pejabat dia kena pecah masuk pada awalnya dan disedari pada waktu pagi. Setelah di siasat, polis yang menyiasat tu beritahu yang ini semua kerja orang dalam. Yela, dah tentu la kerja orang dalam, ada pula orang Arab nak masuk siap menyusahkan diri nak pecah masuk pejabat walhal boleh je dia nak curi barang pelajar. Kan lebih mudah. Kata Pegawai Perak lagi alhamdulillah barang tak hilang tapi siapa orang dalam tu? Jeng Jeng Jeng. Lu fikir la sendiri.

Kebetulan waktu itu Exco Pelajar Perak nak buat perjumpaan mereka. Surau dah ditutup untuk renovate, mereka minta surau dibuka. Pegawai kata tak boleh sebab memang nak tutup surau tu untuk renovate. Itu yang mereka kata cari jalan alternatif untuk buka surau tu dengan memanjat dari belakang dan buka surau tu dari dalam. Pegawai dapat tahu tentu la dia marah. Arahan simple tak boleh nak ikut. Kalau aku memang dasar bodoh la, dah belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh nak ikut arahan juga. Pegawai minta mereka bersurai untuk kali pertama mereka tak berganjak. Beberapa minit selepas tu disuruh bersurai lagi, masih juga ustaz-ustaz bongok ni tak nak berganjak. Akhirnya Pegawai berkeras marah mereka baru mereka bersurai. Tiga kali baru nak dengar cakap? Itu pun setelah kena marah. Memang kepala otak degil.

Exco yang masih tidak berpuas hati pergi jumpa pegawai di pejabat. Mereka datang kononnya nak berbincang padahal mereka sengaja nak tunjukkan mereka marah dan tak puas hati. Mereka PMRAM ni memang suka bab provoke orang ni. Paling hebat kat FB. Keyboard warrior la kata kan. KAH KAH KAH. Dalam waktu berbincang tu mereka melantun dengan pelbagai jawapan dan menjawab lebih-lebih. Tunjuk sikap kurang ajar dan tak ada langsung cuba nak fahami situasi sebenar (standard PMRAM nak menang). Sampaikan dah habis berbincang pun masih lagi berbunyi, menyindir dan sebagai nya. Waktu itu la Pegawai Perak menampar pelajar itu. Pada pendapat aku la, memang patut pun kena tampar pelajar tu sebab dah la tak ikut arahan, lepas tu kurang ajar. Ini baru kali pertama mereka ditampar bersebab, itu pun mereka nak kecoh. Walhal sebelum ni, banyak lagi perkara yang dah terjadi antara pelajar dengan Pegawai Perak tapi Pegawai Perak ambil tindakan berdiam diri kerana tak mahu mewujudkan suasana yang tak sihat antara mereka. Tapi sampai ke hari tu, mereka langsung tak berubah malah makin menjadi-jadi. Seboleh-bolehnya mereka nak cari kesalahan Pegawai Perak ni. Bagitahu aku manusia mana yang boleh tahan marah sepanjang masa. Aku sakit hati dengan sikap mereka ini. Mereka langsung tak pernah mengaku salah lepas tu mengharap orang meminta maaf sebab bersalah pada mereka? Tak logik. Orang lain kalau kena pukul pun pasti bersebab bukan tiba-tiba je kena pukul. Gila ke, orang gila pun tak ada nak datang pergi pukul orang. Bengong punya ustaz.

Maaf la, aku kurang respect dengan ustaz-ustaz kat sini. Mereka tak ada rasa hormat pada orang yang lebih tua. Aku akan update lagi nanti berkenaan dengan kurang ajar ni. Dah banyak dah benda tak baik mereka buat. Memalukan orang dan sebagainya. Just tunggu, aku akan update lagi. Chow.



p/s : siap countdown lagi tu. Countdown nak minta maaf dengan orang yang kau dah malukan tak ada ke?

No comments:

Post a Comment