Sunday, 24 March 2013

Page dan Profile Facebook Penentang Pegawai di Mesir

Assalamualaikum. Minta maaf kalau aku jarang-jarang update blog ini. Biasa la, aku ni kan mahasiswa lagi, jadi tugas aku belajar, tak macam ada segelintir mahasiswa kat sini yang meroyan sepanjang masa pasal persatuan dia, bantai pegawai, fitnah dan sebagainya. Hahaha. Walaupun begitu, aku nak tunjuk kat pembaca semua beberapa printscreen yang menunjukkan mereka ni aktif menghentam pegawai. Cuma beza nya, mereka ni PENAKUT, buat facebook palsu dan page yang bangang-bangang.

1) Facebook Kami Anak Perak Perihatin, aktif membantai En Muhaimin, Pegawai Perak ditambah lagi dengan isu yang sedang panas iaitu kes tampar pelajar, klik disini untuk membacanya. Facebook palsu.



2) Facebook Pembela Melayu, lebih kepada post-post yang membangkit kemarahan segelintir pelajar yang berpihak pada PMRAM kepada pegawai dan pelajar yang menyokong pegawai juga kerajaan. Facebook palsu.


3) Page Mahasiswa Johor Mesir Bangkit, membangkitkan isu-isu berkenaan dengan pelajar Johor yang memihak kepada pegawai dan aktif dalam menyebarkan fahaman pegawai sentiasa zalim kepada pelajar. Juga berperanan dalam menghasut pelajar menentang pegawai Johor di Mesir.


sebagai contoh, lihat gambar ini dan komen dekat situ. :




4) Page Boikot Pegawai Kedutaan dan EME, menyokong tindakan pelajar menentang pegawai EME yang dihantar ke Mesir dan pegawai-pegawai negeri yang mereka percaya bermasalah.



Banyak lagi page-page dan profile Facebook palsu yang mereka buat semata-mata untuk menentang pegawai disini, menghasut pelajar agar mengikut jejak langkah mereka "menegakkan kebenaran". Mereka kata pegawai zalim, bila ada masalah, pegawai juga jadi penyelesainya. Aku tak tahu dekat mana mereka kata zalim tu. Selama aku duduk sini, tak pernah aku tengok pegawai zalimi pelajar. 

Kalau kita tengok nama-nama page ni pun, Boikot Pegawai, Mahasiswa Bangkit, semuanya seakan-akan page-page yang menghasut. Itukah etika seorang pelajar, seorang mahasiswa yang sepatutnya belajar sahaja kat sini. Mereka terlalu terdesak sehingga sanggup melanggar batas, menjadikan medan facebook sebagai perantara mereka dalam mencapai matlamat busuk mereka untuk menjatuhkan pegawai yang sedia ada. Mereka tidak mahukan pegawai lain pun, mereka mahu rumah negeri ini jadi kepunyaan mereka sendiri. Mereka mahukan kuasa mutlak, mahukan persatuan mereka diiktiraf seterusnya menghalalkan segala perkara yang mereka bakal buat selepas itu. Berwaspada dengan manusia-manusia seperti ini, biarpun dikalangan mereka belajar agama, mereka hanya jadikan agama itu sebagai penyelindung mereka, ilmu yang diperoleh sebagai hujah-hujah mereka. Korup malah langsung tak boleh di percayai. 

p/s : Terlalu banyak pelajar-pelajar di Mesir memburukkan pegawai-pegawai yang ada. Mereka ini seakan parasit. Kalau tak halang mereka, mereka akan terus membiak dan meracun fikiran mahasiswa yang lain.

No comments:

Post a Comment