Terdetik di hati aku nak cerita tentang peristiwa yang berlaku di rumah Johor di Hayyu Thamin, Kaherah. Waktu itu, aku turut bertandang ke rumah Johor atas pelawaan kawan aku yang juga berada di rumah Johor. Yela, dapat makan free. Siapa tak mahu kan. Kah Kah Kah. Tak silap aku, waktu itu pegawai rumah Johor, En. Haji Maulan atau lebih selesa dengan panggilan Ayah dan Ustaz Husni Tamrin ingin meraikan delegasi dari Johor yang datang bersama lebih kurang 40 pelajar termasuk lelaki dan perempuan. Aku tak ambil kisah pun sebab bukannya aku ada kena mengena pun dengan sambutan itu tapi nak di jadikan cerita, kebetulan kawan aku story-story gak la apa yang berlaku masa di airport hingga waktu aku berada selepas delegasi hendak pulang ke Malaysia.
Kebetulan waktu itu, Majlis Tertinggi Pelajar Johor atau MTP (ye la kot macam ini bunyi singkatan MTP itu) ingin meraikan pelajar baru tanpa ada involvement dari Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang secara langsung dan lantang nya bersangkut paut dengan PMRAM. Waktu itu, MTP telah pun di tubuhkan menggantikan BKPJM dan diiktiraf oleh Johor sebagai persatuan pelajar untuk anak-anak Johor. Jadi, ketika berada di airport, kelihatan dua kelompok besar dimana kelompok MTP dan kelompok BKPJM cuba "bersaing" untuk mendapatkan anak-anak Johor yang baru sampai sedangkan MTP adalah badan yang bertanggungjawab untuk menyambut pelajar-pelajar tersebut. Mula-mula aku tak faham, biar la kalau nak sambut sekali. Apa salahnya kalau BKPJM nak sambut juga, pelajar baru kan tapi bila teringat semula kejadian yang berlaku masa aku mula-mula sampai kat Mesir ni, make sense la kenapa MTP tak mahu bekerjasama dengan BKPJM.
Nak di jadikan cerita, setelah pelajar keluar dari airport, MTP berjaya dapatkan pelajar-pelajar baru ini. Sepanjang masa orientasi pelajar di lakukan, pelajar lama tak kira dari BKPJM atau siapa pun tak dibenarkan mengganggu pelajar baru untuk memudahkan program-program yang dah dirancang untuk pelajar-pelajar ini. Sepanjang masa itu, terdapat sebahagian dari pelajar BKPJM ni datang berjumpa dengan pelajar baru kononnya ingin berkenalan walhal arahan dah dikeluarkan kerana khuatir pelajar baru akan menyimpang dan skip mana-mana program yang dirancang. Lepas orientasi tu, pelajar baru bebas nak nak pergi mana-mana pun dan kalau pelajar lama nak buat suai kenal pun tak ada masalah tapi selepas orientasi la cerita nya. Akhirnya pelajar dari BKPJM akur, mereka tidak mengganggu walaupun sebahagian daripada mereka tetap berdegil mahu melanggar arahan. Biasalah tu, arahan simple pun tak boleh nak ikut apatah lagi yang besar-besar.
Selepas seminggu pelajar baru sampai, pegawai menjemput SEMUA pelajar termasuk BKPJM untuk datang bersama-sama berjumpa dengan delegasi Johor itu kerana malam itu adalah malam terakhir mereka berada di Mesir dan mereka akan pulang ke Malaysia. Selepas perjumpaan itu, aku yang berada di kalangan pelajar-pelajar lama hanya memerhati delegasi pulang dari rumah Johor. Secara tiba-tiba keadaan menjadi kecoh, mereka bising-bising dan aku lihat seorang pelajar yang membantu rumah Johor ditarik, dimarah dan di maki. Sampaikan pegawai Johor,En Haji Maulan yang berumur 3 kali ganda lebih tua dari mereka pun habis ditengking ketika cuba untuk meleraikan mereka yang sedang membuat kecoh di rumah Johor.
Dari apa yang aku dengar dari mulut ustaz-ustaz ni, mereka tak puas hati kenapa mereka di halau dari rumah Johor ketika mereka mahu berjumpa pelajar baru, kes hisap rokok di rumah Johor, buat bising dengan bermain bola di ruangan yang luas dalam kawasan rumah Johor. Aku hanya memerhatikan mereka, buat bising macam beruk, ajak orang bergaduh kerana tak puas hati. Kebetulan waktu itu, niat murni pegawai Melaka, Mohd Ridhwan untuk membantu program rumah Johor dipertikaikan walhal mereka tidak perasan yang pelajar baru Melaka juga baru sampai lewat sedikit dari pelajar baru Johor. Jadi alang-alang, join adventure je la. Boleh jimat kos, menguatkan ukhwah dan sebagai nya. Tapi ustaz-ustaz bodoh ni tak faham kenapa mereka tak di minta untuk membantu program tu tetapi orang lain pula yang terlibat. Aku tengok kat sini, program orientasi ini anjuran rumah Johor dan Melaka, masing-masing ada pelajar baru yang sampai. Kemudian kakitangan yang membantu sebenarnya dah melebihi dari cukup kerana persatuan pelajar dari Melaka juga turut membantu di tambah lagi pelajar-pelajar dari negeri lain yang ingin juga membantu memudahkan urusan program itu.
Kenapa MTP tak mahu bekerjasama dengan BKPJM? MTP masih lagi persatuan baru dan mereka mahu merasa sendiri bagaimana menguruskan pelajar baru di bantu oleh pegawai. Sebelum ini BKPJM yang selalu menguruskan pelajar baru. Hasilnya dapat lah ustaz-ustaz yang tak ada otak macam diorang ni yang asyik nak menang dan dah pun di brainwash oleh senior-senior untuk menentang pegawai. Tambahan lagi, MTP diiktiraf oleh kerajaan Johor dan BKPJM harus akur dengan dengan wujudnya persatuan baru menggantikan yang lama. Tapi mereka ni sombong bodoh tak mahu mengakui MTP tu persatuan Johor malah menganggap mereka lah yang lebih layak untuk mewakili pelajar Johor. Yela, dengan status mereka yang berkompromi dengan PMRAM lagi.
Aku syak mereka ni memang jenis tak makan saman. Aku malu la tengok ustaz-ustaz yang terkinja-kinja, menjerit-jerit lagak macam hero kononnya nak mempertahankan hak mereka sebagai pelajar Johor disitu. Masalah-masalah yang mereka utarakan cukup membuatkan aku rasa mereka dah tak ada modal. Hisap rokok? Mereka pun hisap rokok juga dalam rumah Johor dahulu. Ada saksi dari kalangan sahabat aku. Main bola kat kawasan luas tepi rumah Johor tu? Mereka tak fikir mereka pun pernah main takraw kat kawasan tu sebelum ni. Tak bagi jumpa budak baru? Semua orang tak jumpa sebab orientasi kan. Apa ke bongoknya mereka ni.
Belajar agama tapi tak rupa orang yang tahu agama. Ajak bergaduh, korang tu ustaz. Nak tengok budak medic bertumbuk dengan ustaz? Cubalah cari pasal. Jangan cuba cabar budak medic. Budak medic tak sama macam ustaz. Silap hari bulan korang yang merasa makan bubur kat hospital. Kah Kah Kah. Sedih aku tengok tapi tak apa. Perkara ni dah biasa dah. Aku pun dah lali dah dengan ustaz-ustaz lagak hero depan ustazah ni. Ramai-ramai je berani.
Itulah dia, pembaca boleh nilai sendiri perwatakan mereka. Aku hanya penyampai cerita. Kalau benda yang aku cerita ini fitnah, sila tanya sendiri dengan pegawai yang ada ketika itu, tanya pelajar yang terlibat, tanya sesiapa yang ada ketika itu. Aku tak menokok tambah, aku hanya menyampaikan cerita yang aku nampak pada malam itu. Sekian.
p/s : Nak leraikan mereka ni sampai terpaksa panggil polis? Tak teruk bunyinya. Huru-hara dibuatnya. Yang buat bising bukan orang Johor je, ahli dari negeri lain pun ada. Saja nak meramaikan majlis.