Wednesday, 6 February 2013

Sikap Kurang Ajar Orang Bergelar Mahasiswa

Entry aku kali ini nak menceritakan pula 1 kisah "sahabat-sahabat" aku PMRAM ni yang banyak dah buat tahi kat Mesir ni. Selama aku belajar kat Mesir ni, aku tak pernah jumpa orang taksub kat persatuan sampai semua benda yang mereka buat mereka rasa betul. Aku maksudkan semua. Sebab apa? Sebab mereka rasa mereka dah belajar agama, jadi mereka betul dalam semua perkara. Kata lah aku fitnah ke apa ke, boleh tanya orang lain yang belajar kat Mesir ni macam mana perangai mereka. Tapi kalau pembaca tanya ustaz ustazah PMRAM memang melambung-lambung la dia angkat PMRAM tu. Kah Kah Kah. Aku bagi 1 bukti.


Ha, yang ini aku dapat daripada profile facebook yang kawan dengan aku. Aku perhati punya perhati gambar ni, semua orang aku kenal. Nak kata rapat tak ada lah rapat sangat. Tapi aku kenal la hati budi mereka ni macam mana. Aku pelik dengan PMRAM ni, apa yang mereka nk buktikan dengan buat gambar ni semua. Nak tunjukkan mereka ni zalim? Zalim kerana apa? Kerana mereka menyokong UMNO? Lantak diorang la nak sokong apa pun. Diorang nak sokong PKR ke, Pas ke, UMNO ke, DAP ke. Terpulang la, yang korang sibuk sangat pahal? Korang PMRAM pun bukan nya kami mahasiswa lain tak tahu yang korang ni hidup berentitikan pembangkang (baca post aku yang sebelum ni tentang kedatangan orang pembangkang ke Mesir). Macam mana kau sambut dia, macam mana kau raikan dia, sampai sanggup minta sedekah kat situ dan bagi sumbangan pada dia. Tak cukup bukti lagi? Pasal BERSHIT pun aku ada post sebelum ni, klik SINI. Apa lagi yang korang nak selindung? Cakap la korang ni pun sama berpolitik kat sini lepas tu bengang dengan Pegawai kat sini yang memang totok UMNO. Sakai gila korang ni. Sepanjang aku kat sini, TAK PERNAH ada program berunsurkan politik yang Pegawai-pegawai ni anjurkan dan ajak pelajar lain suruh join. Apatah lagi Dato' Duta, apa kelebihan dia dapat kalau dia nak bawa agenda politik ke sini. Korang tu lebih terang dan jelas, kedatangan Hadi Awang, Mat Sabu ke Mesir tu pun agaknya korang yang jemput.. So, siapa yang bawa agenda politik sekarang. Mereka (pegawai) atau korang (PMRAM)?

Pasal zalim pula, aku tak nak ulas panjang-panjang la. Masing-masing boleh tengok kat Mesir ni siapa yang zalimi siapa, siapa yang fitnah siapa, siapa tukang karut yang suka buat cerita mengarut, siapa yang menjaja gambar orang, malukan mereka? Siapa? Aku bagi satu contoh simple punya lepas tu korang pembaca fikir sendiri, lihat rumah Melaka (sebab aku tengok ada 2 orang pegawai Melaka dalam gambar ini). Mereka zalimkah? Dah bagi duduk kat rumah Melaka, jauh lebih murah dari rumah sewa kat Mesir ni, lepas tu pegawai lanjutkan lagi tempoh untuk pelajar duduk dekat situ kerana bimbang pelajar akan susah nak cari rumah sewa yang murah walhal kalau ikut peraturan duduk rumah negeri kat sini, setahun je. Kalau nak duduk lepas tu atas budi bucara pegawai sebab akan ada pelajar baru nak masuk. Kat situ pun tak boleh nak fikir lagi ke? Memang rumah Melaka tu bukan mak bapak diorang punya tapi bukan mak bapak korang punya gak bodoh. Lepas tu kata rumah Melaka tu duit rakyat la apa la, tak tahu sejarah rumah Melaka ditubuhkan atas duit siapa jangan pandai-pandai nak buat cerita sendiri. Opss, lupa pula. PMRAM kan suka buat cerita. Banyak lagi "kezaliman-kezaliman" yang pegawai ni semua dah buat kat pelajar. Kah Kah Kah. Zalim la sangat. Kesian aku tengok dekat pegawai-pegawai ni semua, diorang dah jaga kebajikan pelajar lepas tu mereka dituduh zalim pula atas sebab mereka sokong UMNO? Bapak pelik.

Ni antara komen-komen yang sempat aku baca dan printscreen. Baca dan nilai sendiri.








Aku tertarik dengan salah satu komen dekat situ. Tukang buat gambar ini kata mereka bukan nak kata atau doakan pegawai ni jahanam tapi mereka nak kata perangai pegawai itu yang jahanam. Lepas tu ada orang balas komen tu kata kalau orang baca secara automatik orang akan kata kau sebenarnya labelkan pegawai sebagai jahanam, bukan sifat dia. Orang baca orang nilai. Kalau kau rasa benda yang kau buat ni betul, kau harus fikir juga pandangan orang lain tentang benda yang korang buat ni. Ini tidak, ada sahaja jawapan diorang. Aku tengok kat situ ramai kawan-kawan dia je yang komen, dia macam dah tak terjawab dah. Kah Kah Kah. Sesuai kah jahanam itu di labelkan kepada manusia, sebangsa dan seagama kita. Pada aku, jahanam tu memang dah teruk sangat dah dan tukang buat gambar ni memang celaka sebab labelkan orang jahanam.

Kesian aku tengok orang yang komen kat situ lebih-lebih lagi orang yang cuba nak betulkan tindakan diorang. Ada sahaja hujah-hujah diorang padahal diorang tak sedar yang diorang dah buat ni salah. Dah la guna gambar orang lepas tu sebar-sebarkan. Malukan diorang, buat pelajar lain benci pada pegawai dan kurang ajar dengan mereka. Ditambah lagi dengan tukang-tukang like, komen dan share yang sangat banyak ni kebanyakan nya ustaz-ustaz. Malu lah ustaz Al-Azhar macam ni. Macam lembu tak boleh beza mana baik mana buruk. Habis semuanya boleh pada diorang ni. Tak apalah, suka hati diorang nak buat apa. Kalau tegur pun diorang bukan nak percaya. Tak boleh di bawa berbincang. Aku harap kepada pembaca kat luar sana, nilai sendiri. Mahasiswa boleh berpolitik tapi biar bertempat. Apa yang penting, WAJIB di dahulukan. Apa lagi yang lebih penting kalau dah bergelar mahasiswa, BELAJAR. Ini kalau politik je lebih, belajar tunggang langgang baik balik Malaysia potong getah je. Lepas tu nak politik, politik la.

p/s : Jangan risau, aku akan update lagi pasal PMRAM ni. Aku akan tulis semua benda yang aku tahu dan dengar. Diorang nak tegakkan kebenaran? Aku pertahankan hak orang yang dah di fitnah.

Tuesday, 5 February 2013

Insiden Tampar Dan Cerita Di Sebaliknya.

Ni ha baru berlaku baru-baru ini. Insiden tampar yang terjadi antara Pegawai Perak dengan pelajar berstatus Exco persatuan pelajar di rumah Perak (ada kaitan dengan PMRAM gak). Hairan aku, apa pasal la Ustaz Muhaimin ni (Pegawai Perak) suka hati dia je nak tampar anak orang? Nak-nak yang ditampar nya mahasiswa PMRAM? Apa Ustaz Muhaimin ni tak tahu ke PMRAM ada akta mereka, Mahasiswa PMRAM tak boleh disentuh, ditampar walau dalam apa keadaan sekalipun. Kah Kah Kah. Cerita pasal Pegawai Perak ni tampar orang sampai sebulan pun tak sudah-sudah cerita dia. Macam-macam versi aku dengar, kadang-kadang bernanah gak telinga aku. PMRAM kaki pusing cerita, memang tak kan cerita benda yang tak menguntung kan mereka. Aku baca blog yang tulis kronologi peristiwa versi PMRAM kat sini. Korang boleh baca sendiri dan nilai sendiri. Aku baca pun sampai sakit kepala aku nak faham. Apa punya banyak la tiba-tiba. Tiba-tba kena halau, tiba-tiba kena tampar. Aku nak tanya la, kalau orang kena penampar ni, biasa nya dia saja nak tampar orang ke atau ada sebab kena tampar? Jawab la sendiri. Haha.

Ni cerita versi Pegawai Perak yang sempat aku jumpa. Aku bertanya pada dia apa sebenarnya masalah yang terjadi antara dia dengan pelajar tu. Ceritanya pejabat dia kena pecah masuk pada awalnya dan disedari pada waktu pagi. Setelah di siasat, polis yang menyiasat tu beritahu yang ini semua kerja orang dalam. Yela, dah tentu la kerja orang dalam, ada pula orang Arab nak masuk siap menyusahkan diri nak pecah masuk pejabat walhal boleh je dia nak curi barang pelajar. Kan lebih mudah. Kata Pegawai Perak lagi alhamdulillah barang tak hilang tapi siapa orang dalam tu? Jeng Jeng Jeng. Lu fikir la sendiri.

Kebetulan waktu itu Exco Pelajar Perak nak buat perjumpaan mereka. Surau dah ditutup untuk renovate, mereka minta surau dibuka. Pegawai kata tak boleh sebab memang nak tutup surau tu untuk renovate. Itu yang mereka kata cari jalan alternatif untuk buka surau tu dengan memanjat dari belakang dan buka surau tu dari dalam. Pegawai dapat tahu tentu la dia marah. Arahan simple tak boleh nak ikut. Kalau aku memang dasar bodoh la, dah belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh nak ikut arahan juga. Pegawai minta mereka bersurai untuk kali pertama mereka tak berganjak. Beberapa minit selepas tu disuruh bersurai lagi, masih juga ustaz-ustaz bongok ni tak nak berganjak. Akhirnya Pegawai berkeras marah mereka baru mereka bersurai. Tiga kali baru nak dengar cakap? Itu pun setelah kena marah. Memang kepala otak degil.

Exco yang masih tidak berpuas hati pergi jumpa pegawai di pejabat. Mereka datang kononnya nak berbincang padahal mereka sengaja nak tunjukkan mereka marah dan tak puas hati. Mereka PMRAM ni memang suka bab provoke orang ni. Paling hebat kat FB. Keyboard warrior la kata kan. KAH KAH KAH. Dalam waktu berbincang tu mereka melantun dengan pelbagai jawapan dan menjawab lebih-lebih. Tunjuk sikap kurang ajar dan tak ada langsung cuba nak fahami situasi sebenar (standard PMRAM nak menang). Sampaikan dah habis berbincang pun masih lagi berbunyi, menyindir dan sebagai nya. Waktu itu la Pegawai Perak menampar pelajar itu. Pada pendapat aku la, memang patut pun kena tampar pelajar tu sebab dah la tak ikut arahan, lepas tu kurang ajar. Ini baru kali pertama mereka ditampar bersebab, itu pun mereka nak kecoh. Walhal sebelum ni, banyak lagi perkara yang dah terjadi antara pelajar dengan Pegawai Perak tapi Pegawai Perak ambil tindakan berdiam diri kerana tak mahu mewujudkan suasana yang tak sihat antara mereka. Tapi sampai ke hari tu, mereka langsung tak berubah malah makin menjadi-jadi. Seboleh-bolehnya mereka nak cari kesalahan Pegawai Perak ni. Bagitahu aku manusia mana yang boleh tahan marah sepanjang masa. Aku sakit hati dengan sikap mereka ini. Mereka langsung tak pernah mengaku salah lepas tu mengharap orang meminta maaf sebab bersalah pada mereka? Tak logik. Orang lain kalau kena pukul pun pasti bersebab bukan tiba-tiba je kena pukul. Gila ke, orang gila pun tak ada nak datang pergi pukul orang. Bengong punya ustaz.

Maaf la, aku kurang respect dengan ustaz-ustaz kat sini. Mereka tak ada rasa hormat pada orang yang lebih tua. Aku akan update lagi nanti berkenaan dengan kurang ajar ni. Dah banyak dah benda tak baik mereka buat. Memalukan orang dan sebagainya. Just tunggu, aku akan update lagi. Chow.



p/s : siap countdown lagi tu. Countdown nak minta maaf dengan orang yang kau dah malukan tak ada ke?

Tuesday, 21 August 2012

PEGAWAI KERAJAAN DI MESIR SALAHGUNA KUASA BERPOLITIK !



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN jika ada yang mana terlePAS cakap, atau yang tak seDAP dengar begitu juga jika tidak berlaku ADIL. Kita PAKAT bermaaf-maafan lah ye...



Saturday, 14 July 2012

Hadi Awang PAS Menghisap Darah Mahasiswa Mesir Sehingga Ada Yang Koma (Mati)





Kadang kala rasa malu diri ini bila melihat ada kepimpinan dalam tanah air ini sering mempergunakan kepentingan Agama dan kedudukan mereka dalam meraih simpati rakyat. Malah lebih Gomo bimbang nanah sebegini menjadi busuk sehingga membuatkan negara kita ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir negara.

Gomo terima maklumat dari sahabat Wan Motor melalui blog beliau KLIK DISINI yang berada di Mesir bahawa Presiden PAS Hadi Awang dan rombongan PAS telah hadir kesana berjumpa dengan para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Berjumpa tidak mengapa tetapi ada pekara yang tidak enak berlaku sepanjang perjumpaan tersebut.

Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk anak anak muda melanjutkan pelajaran malah di Mesir sahaja ribuan pelajar mendapat pembiayaan sama ada Biasiswa, PTPTN ataupun melalui Biasiswa dari kerajaan Negeri.

Usaha kerajaan yang ingin melihat anak Malaysia berjaya dalam bidang yang mereka ceburi sedikit sebanyak diGAGALkan oleh pemimpin pembangkang dan kedatangan Haji Hadi Awang ke Mesir adalah dengan niat untuk menghancurkan harapan anak muda dalam menuntut ilmu.


PAS memperalatkan mahasiswa di Mesir

Gomo hairan mengapa Haji Hadi Awang dan rombongan PAS ke Mesir begitu gila sehingga menghasut para pelajar kita disana agar membenci kerajaan dan menentang kerajaan? Gomo bertambah pening mengapa pimpinan PAS begitu dayus sehingga sanggup menjadikan mahasiswa di Mesir sebagai alat mereka dalam meraih kuasa politik?

Apa jasa PAS dalam membantu para pelajar kita? Apa bukti yang PAS boleh banggakan selama ini dalam membantu para pelajar Malaysia yang berada di Mesir ataupun negara negara lain? Apa Jasa PAS?

Tidak cukup dengan manghasut para pelajar Malaysia di Mesir, Hadi Awang bertindak lebih jelek apabila mengutip derma pula daripada pelajar Malaysia di Mesir. Kutipan yang Gomo difahamkan adalah sekitar 25.000 Egyption bersamaan RM13.1578.95 sen. Satu jumlah yang cukup banyak diraih Hadi Awang dalam memerah keringat para pelajar di Mesir untuk PAS.

Ini lah yang merupakan satu pekara yang tidak seharusnya berlaku pada para pelajar kita. Seringkali mereka ini dikerah untuk menyumbang wang bagi tujuan politik pemimpin tertentu walhalkan mereka sediri sebenarnya cukup perih untuk menyimpan wang ataupun menampung kos sara hidup mereka di negeri orang.

Untuk tujuan apa Hadi Awang mengutip derma daripada para pelajar di Mesir? Bukankan sebagai seorang pemimpin sewajibnya Haji Hadi patut memberikan bantuan kepada para pelajar dan bukannya meminta sumbangan dari mereka untuk kepentingan politik?


Dalam pada masa kunjungan Hadi Awang di Mesir itu berlaku pula pekara tidak diingini apabila seorang unit amal PAS dikalangan pelajar daripada Syubro selepas program mengalami kecelakaan dan sedang KOMA di sebuah hospital swasta di Mesir. Tampa bantuan dari pihak Hadi Awang terlantar lah pelajar itu di Hospital dan pihak Kerajaan pula yang mengambil tugas dalam membela pelajar tersebut.

Dimana kewarasan Hadi Awang? Mahasiswa digunakan bagaikan unta untuk kepentingan politik dan apabila sakit ataupun nazak Mahasiswa itu dibiarkan mati ketandusan dipadang Pasir tampa apa apa bantuan sama ada untuk Mahasiswa itu ataupun keluarga pelajar itu. Ada akal kah mereka ini?

Gomo semakin hari semakin risau dengan fenomena ini yang mana PAS hilang arah tuju mereka untuk membela umat apatah lagi untuk menjaga Islam itu sendiri. Benarlah kata orang jika sudah berada di Mesir maka berhati hatilah dengan kumpulan PAS yang berselindung disebalik NGO kerana kumpulan ini akan memerah keringat anda untuk tujuan politik pemimpin PAS yang berada di Malaysia.

Semoga ibu bapa di Malaysia mengambil berat mengenai pekara ini kerana harapan anda semua terletak pada anak anak anda yang menuntut ilmu diseluruh pelusok negara. Jangan biarkan mereka ini menjadi alat politik pimpinan tertentu kerana masa depan mereka akan kabur dengan aktiviti penghisap darah pimpinan politik sepertimana yang dilakukan Haji Hadi Awang di Mesir.

Buat piminan PAS usahlah menjadikan Mahasiswa ini sebagai alat politik anda. Jika ingin menarik mereka ini menyokong anda lakukan lah dengan cara yang terhormat dan kasihi mereka seadilnya dengan memberikan harapan untuk mereka cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Usah jadikan Mahasiswa sebagai ROBOT POLITIK untuk meraih kuasa.


Psssttt.... PAS cukup suka menjadikan mahasiswa boneka meraka....... Awasi anak anak anda.

Saturday, 12 May 2012

PMRAM manipulasi kenyataan Imam al-Akbar Syeikh al-Azhar


Terdapat kenyataan pelajar alAzhar yang menentang kekeliruan teresebut.

Benar, Syeikhul Azhar membenarkan PERHIMPUNAN AMAN.Maksud perhimpunan aman ialah yg tiada kacau bilau,menghormati undang2 dan sebagainya.Sila rujuk kenyataan beliau semasa revolusi dan yg terbaru, AL AHRAM 8 Mei 2012 yg menyatakan bahawa mengemukakan pandangan (demontrasi dsb) dibenarkan selagi mana tidak mengancam keselamatan negara dan merosakkan kepentingan awam.Apa khabar BERSIH 3.0? Adakah ia...nya perhimpunan aman? sejak awal lagi, perhimpunan berkenaan cuba "melanggar" arahan mahkamah utk tidak berkumpul di DATARAN MERDEKA.Para peniaga terjejas hingga ada yang mengalami kerugian yg besar.Bukankah jalan2 raya diganggu?

P/S : Ada org guna kenyataan syeikhul Azhar pada 15 Januari 2012 di MASR EL YOUM.Tahukah anda, kenyataan berkenaan adalah berkaitan isu di LIBYA dan SYRIA?
 
 




Monday, 30 April 2012

BERSIH MESIR BACUL DARI BERSIH JORDAN... HAHAHAHAHA


 DUDUK DAN BERAK DI MESIR



PEJUANG SEJATI DAN BERTELOR


28 APRIL 2012 TARIKH KEHINAAN BAGI PENGIKUT BERSIH AMBIGA DI MESIR KERANA SEMUANYA MEMAKAI TOPENG, DUDUK DAN BERAK DI TEPI JALAN. TIDAK SEBAGAIMANA BERSIH DI JORDAN. TAHNIAH RAKAN-RAKAN DI JORDAN. ANDA MEMANG ADA TELOR!

Wednesday, 18 April 2012

TENTERA ALLAH MENGHAPUSKAN PROGRAM "DUDUK DAN BERAK" SUARA (PAS MESIR)


Taufan melanda Kaherah menghancurkan program SUARA





Akhirnya terbatalkan rancangan mereka yang tidak faham erti bersyukur kepada Allah SWT. Perhimpunan duduk dan berak di Hayyu Asyir yang dirancang awal hari ini (Rabu 18 April 2012) akhirnya terbatal sendiri dengan kuasa Allah SWT. Umpama kaum Aad dan Tahmud akhirnya hancur akibat keegoannya kepada Allah SWT. Semoga kita semua diselamatkan dari mereka yang bongkak dan sombong sebagaimana budak-budak SUARA.


أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وِأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ أَتَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (70) ( التوبة)