Assalamualaikum. Semakin hari semakin kita mendekati tarikh pilihanraya dan setiap kali itu la aku dengar "sorakan" daripada pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang ini. Aku hairan la dengan mereka, apa mereka ini tak ada kerja ke. Bersorak sebelum bertanding? Hahaha.
Lagi-lagi bila ada suara-suara yang mengungkit kembali pasal PTPTN ini. Aku nak bagi pendapat aku sendiri la berkenaan dengan PTPTN ini. Seperti yang kita maklum, kebanyakan penyokong-penyokong pembangkang terutama dari pelajar dan mahasiswa sangat menitikberatkan tentang pendidikan. Itu aku salute kerana banyak dari kalangan pelajar pembangkang ini mahukan kesenangan dalam pembelajaran mereka. Ye la, mereka nak menuntut ilmu, permudahkan lah jalan mereka. Aku nampak dekat situ. Tapi yang aku peliknya, kenapa PTPTN mereka nak free pula? Aku agak hairan kat situ. Sedangkan hakikatnya PTPTN ni dah pun free sebenarnya. Free untuk pelajar yang dapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Dengan itu, anda di kecualikan dari membayar PTPTN. Mudah kan, tak free ke macam tu?
Yang kedua, mereka juga menyokong dasar pembangkang yang menitikberatkan keadilan, bukan hak sama rata. Di sini pembaca cuba berfikir, adakah pemansuhan pembayaran PTPTN adalah satu keadilan kepada semua pelajar atau pun tidak? Pada aku, tak adil langsung. Macam mana dengan orang yang berusaha untuk dapatkan result yang cemerlang sedangkan yang tak berusaha pun boleh dapat free. Adakah valid kat sini membawa dasar, adil untuk semua orang sedangkan yang aku nampak sama rata untuk semua pelajar? Baik cemerlang mahupun kurang cemerlang.
Orang melayu ni, kalau benda berbayar pun tak reti nak hargai, apatah lagi benda free. Lagilah seronok. Yela, kalau dah free tak ada la nak risau kena bayar balik. Tak menyusahkan mereka. Aku tengok mereka ni kalau dapat duit PTPTN ni macam-macam mereka buat, beli handphone baru la, belanja awek la, beli benda bukan-bukan la, beli itu beli ini. Belanja kat benda-benda tak penting pun. Lepas tu, nak free pula. Amboi banyak cantik. Suka hati je.
Pembaca fikir la sendiri, aku tak nak termakan dengan propaganda pembangkang ni. Manifesto yang aku jamin, kalau mereka menang nanti, mereka tak akan buat sebab merugikan. Anak melayu akan bertambah malas, kurang daya saing sedangkan anak bangsa lain dah maju kehadapan. Tak percaya kata aku? Cuba tengok anak cina sekarang sedang banyak ambil jurusan apa? Aku jamin farmasi sebab Malaysia akan jadi macam US ataupun Mesir di mana farmasi dan klinik atau hospital di asingkan. Maknanya kita kena beli ubat, farmasi yang akan untung. Cuba tengok la kat Malaysia kalau tak percaya. Kita sahaja yang tak sedar. Melayu jangan jadi pemalas. Jangan hidup nak bersuap sahaja, ada tangan pakai tangan sendiri. Usaha majukan diri sendiri. Dah disediakan pun syarat untuk kecualikan pembayaran semula PTPTN. Kenapa tak nak rebut. Jangan bagi alasan sebab pada aku, apa jua hujah dari mana-mana pihak yang menyokong PTPTN harus percuma adalah tak munasabah. Sekian.
p/s : Jadilah seperti bangsa yang ditindas, kerana bila kita merasa ditindas kita dengan sendirinya akan bangkit untuk majukan diri kita, bangsa dan agama kita sendiri.

No comments:
Post a Comment