Ha, yang ini aku dapat daripada profile facebook yang kawan dengan aku. Aku perhati punya perhati gambar ni, semua orang aku kenal. Nak kata rapat tak ada lah rapat sangat. Tapi aku kenal la hati budi mereka ni macam mana. Aku pelik dengan PMRAM ni, apa yang mereka nk buktikan dengan buat gambar ni semua. Nak tunjukkan mereka ni zalim? Zalim kerana apa? Kerana mereka menyokong UMNO? Lantak diorang la nak sokong apa pun. Diorang nak sokong PKR ke, Pas ke, UMNO ke, DAP ke. Terpulang la, yang korang sibuk sangat pahal? Korang PMRAM pun bukan nya kami mahasiswa lain tak tahu yang korang ni hidup berentitikan pembangkang (baca post aku yang sebelum ni tentang kedatangan orang pembangkang ke Mesir). Macam mana kau sambut dia, macam mana kau raikan dia, sampai sanggup minta sedekah kat situ dan bagi sumbangan pada dia. Tak cukup bukti lagi? Pasal BERSHIT pun aku ada post sebelum ni, klik SINI. Apa lagi yang korang nak selindung? Cakap la korang ni pun sama berpolitik kat sini lepas tu bengang dengan Pegawai kat sini yang memang totok UMNO. Sakai gila korang ni. Sepanjang aku kat sini, TAK PERNAH ada program berunsurkan politik yang Pegawai-pegawai ni anjurkan dan ajak pelajar lain suruh join. Apatah lagi Dato' Duta, apa kelebihan dia dapat kalau dia nak bawa agenda politik ke sini. Korang tu lebih terang dan jelas, kedatangan Hadi Awang, Mat Sabu ke Mesir tu pun agaknya korang yang jemput.. So, siapa yang bawa agenda politik sekarang. Mereka (pegawai) atau korang (PMRAM)?
Pasal zalim pula, aku tak nak ulas panjang-panjang la. Masing-masing boleh tengok kat Mesir ni siapa yang zalimi siapa, siapa yang fitnah siapa, siapa tukang karut yang suka buat cerita mengarut, siapa yang menjaja gambar orang, malukan mereka? Siapa? Aku bagi satu contoh simple punya lepas tu korang pembaca fikir sendiri, lihat rumah Melaka (sebab aku tengok ada 2 orang pegawai Melaka dalam gambar ini). Mereka zalimkah? Dah bagi duduk kat rumah Melaka, jauh lebih murah dari rumah sewa kat Mesir ni, lepas tu pegawai lanjutkan lagi tempoh untuk pelajar duduk dekat situ kerana bimbang pelajar akan susah nak cari rumah sewa yang murah walhal kalau ikut peraturan duduk rumah negeri kat sini, setahun je. Kalau nak duduk lepas tu atas budi bucara pegawai sebab akan ada pelajar baru nak masuk. Kat situ pun tak boleh nak fikir lagi ke? Memang rumah Melaka tu bukan mak bapak diorang punya tapi bukan mak bapak korang punya gak bodoh. Lepas tu kata rumah Melaka tu duit rakyat la apa la, tak tahu sejarah rumah Melaka ditubuhkan atas duit siapa jangan pandai-pandai nak buat cerita sendiri. Opss, lupa pula. PMRAM kan suka buat cerita. Banyak lagi "kezaliman-kezaliman" yang pegawai ni semua dah buat kat pelajar. Kah Kah Kah. Zalim la sangat. Kesian aku tengok dekat pegawai-pegawai ni semua, diorang dah jaga kebajikan pelajar lepas tu mereka dituduh zalim pula atas sebab mereka sokong UMNO? Bapak pelik.
Ni antara komen-komen yang sempat aku baca dan printscreen. Baca dan nilai sendiri.
Aku tertarik dengan salah satu komen dekat situ. Tukang buat gambar ini kata mereka bukan nak kata atau doakan pegawai ni jahanam tapi mereka nak kata perangai pegawai itu yang jahanam. Lepas tu ada orang balas komen tu kata kalau orang baca secara automatik orang akan kata kau sebenarnya labelkan pegawai sebagai jahanam, bukan sifat dia. Orang baca orang nilai. Kalau kau rasa benda yang kau buat ni betul, kau harus fikir juga pandangan orang lain tentang benda yang korang buat ni. Ini tidak, ada sahaja jawapan diorang. Aku tengok kat situ ramai kawan-kawan dia je yang komen, dia macam dah tak terjawab dah. Kah Kah Kah. Sesuai kah jahanam itu di labelkan kepada manusia, sebangsa dan seagama kita. Pada aku, jahanam tu memang dah teruk sangat dah dan tukang buat gambar ni memang celaka sebab labelkan orang jahanam.
Kesian aku tengok orang yang komen kat situ lebih-lebih lagi orang yang cuba nak betulkan tindakan diorang. Ada sahaja hujah-hujah diorang padahal diorang tak sedar yang diorang dah buat ni salah. Dah la guna gambar orang lepas tu sebar-sebarkan. Malukan diorang, buat pelajar lain benci pada pegawai dan kurang ajar dengan mereka. Ditambah lagi dengan tukang-tukang like, komen dan share yang sangat banyak ni kebanyakan nya ustaz-ustaz. Malu lah ustaz Al-Azhar macam ni. Macam lembu tak boleh beza mana baik mana buruk. Habis semuanya boleh pada diorang ni. Tak apalah, suka hati diorang nak buat apa. Kalau tegur pun diorang bukan nak percaya. Tak boleh di bawa berbincang. Aku harap kepada pembaca kat luar sana, nilai sendiri. Mahasiswa boleh berpolitik tapi biar bertempat. Apa yang penting, WAJIB di dahulukan. Apa lagi yang lebih penting kalau dah bergelar mahasiswa, BELAJAR. Ini kalau politik je lebih, belajar tunggang langgang baik balik Malaysia potong getah je. Lepas tu nak politik, politik la.
p/s : Jangan risau, aku akan update lagi pasal PMRAM ni. Aku akan tulis semua benda yang aku tahu dan dengar. Diorang nak tegakkan kebenaran? Aku pertahankan hak orang yang dah di fitnah.
No comments:
Post a Comment