Thursday, 7 February 2013

Pengalaman Aku Dengan PMRAM.

Perkara ni berlaku masa aku mula-mula sampai di Mesir. Aku alami sendiri perkara ini dan ini antara perkara yang aku tak boleh lupa. Ha ni yang aku nak cerita ini dari dulu lagi. Waktu sahabat aku baru sampai di Mesir bersama dengan aku, kami disambut oleh ustaz-ustaz dari Badan Kebajikan Pelajar dari sebuah negeri. Aku rahsiakan la ye sebab tak mahu malukan persatuan ni. Main point nya, mereka bekerjasama dengan PMRAM. Nak dijadikan cerita, setelah kami sampai di bumi yang kami sendiri tak tahu macam mana keadaan nya, kami disambut oleh mereka. Kami dilayan dengan baik, makan minum mereka sediakan dan mereka kata ada orientasi selama beberapa hari.

Kami dibawa ke tempat kuliah yang kami belajar menaiki tramco (atau van), diajar bahasa Arab yang simple, dibawa ke tempat minum jus dan berjalan-jalan di sekitar rumah kami. Pada mulanya kami tak terfikir apa pun sebenarnya, kami merasa mereka menghargai kedatangan kami. Yela, tanpa mereka mungkin kami susah untuk survive kat bumi Mesir ni. Namun setelah habis program orientasi, kami dikejutkan dengan permintaan dari penyelia program orientasi yang meminta kami membayar 100 USD. Aku mula sangsi dengan perkara ini, aku mula bertanya pada mereka kenapa 100 USD? Mahal tu, 100 USD bersamaan dengan 500 LE malah mungkin lebih dari itu. Mereka bagi alasan, kos makan minum, kos beli saratoga atau selimut tebal (masa tu belum beli lagi dan kami tak dapat lagi), kos angkat barang kami ke rumah sewa, kos itu dan ini sampai la 100 USD. Aku fikir apa benda diorang ni, macam nak ambil kesempatan pun ada sebab kami datang dalam lingkungan yang ramai lepas tu kami ini kebanyakannya Medical student.

Ada di kalangan kami yang bangang tak mahu tanya dulu pergi bayar je. Aku dan beberapa orang sahabat aku yang lain berdegil tak mahu bayar kerana menyifatkan tindakan meminta wang dalam jumlah yang banyak dari kami adalah salah. Kami bertanya kepada orang yang datang bersama kami, yang mengiringi kami. Dia kata mana boleh minta duit lagi, sebelum kami pergi dia dah pun hulurkan RM 3000 untuk orientasi ini. It should be enough. Kenapa nak minta lagi? Korang pembaca tak nampak ke permainan kat situ? RM 3000 dah diberi, minta lagi 100 USD seorang, persatuan yang ada kena mengena dengan PMRAM? Diorang ni korup! Bukan setakat itu je, YDP dia siap datang rumah kami minta duit tu tapi kami buat tak endah je la. Lantak dia la nak cakap apa. Ingat kami ni cop duit ke? Kalau mintak 100 LE aku mungkin boleh consider la sebab fikir kesian gak, tak kan nak buat kerja free. Tapi kalau sampai 100 USD memang tak la aku nak bayar. Memang saja nak cari pasal dengan aku la tu.

Aku ingat aku dengan kumpulan aku je yang kena macam ni, rupa-rupanya ada juga kumpulan yang lain kena macam ni gak. Bagi mereka kami bernasib baik sebab 100 USD je diorang minta, orang lain sampai kena 200 USD, ada yang mencecah 300 USD. Contoh macam group yang datang under JPA, MARA, Zakat Negeri. Macam mana tu. Apa yang diorang nak sampai minta duit-duit yang banyak macam ni dengan student. Diorang ingat student ni banyak duit ke. Dan sejak dari hari itu, aku susah nak percaya dengan ustaz PMRAM ni. Kalau korang nak tahu, saratoga tu kalau beli sendiri kat mana-mana tempat la, City Star ke, Shopping mall ke, harga dia dalam 150 LE. Habis tu, kalau kitorang bayar 100 USD hari tu,, balance dari duit tu ke mana pergi. Tak kan lah makan-makan selama 2 3 hari tu cecah sampai 350 - 400 LE?  Masuk akal ke?

Pembaca fikir la sendiri. Aku tak mahu minta korang ikut apa yang aku fikir. Korang baca cerita aku, korang nilai sendiri. Aku tak akan menipu, cerita ini aku sendiri alami. Kalau pembaca rasa benda yang ustaz-ustaz ni buat betul, aku minta kau pergi betulkan wayar kat kepala otak kau. Sebab PMRAM kata mereka dizalimi walhal mereka sebenarnya menyusahkan student baru kat sini. Nanti aku update lagi.

2 comments:

  1. assalamu'alaikum..saudari..sebenarnye apa tujuan enti buat entri nie?utk memburukkan PMRAM?atau untuk minta simpati?atau untuk puaskan hati enti??adakah dgn buat entri seperti ini,membantu enti untuk mendaulahkan islam??maaf andai ana tersalah kata..cumanye bg ana xelok buat mcm nie...ikut pengalaman ana yg pernah lalui khdupan sbg adik baru,ana xrasa senior2 ni ambl duit utk kepentgn sendiri malah membantu melicinkan pengurusan kita sbg adik baru..ana dulu kena kutip 300 usd seorg..semua bg..alhamdulillah.. keperluan kami diuruskan..sewa asrama,jaulah,saratoga,yuran kuliah,bantal..malah dapat lebihan baki 200 usd..apa maksudnye??enti sendiri faham kan..xelok enti bt mcm ni..kalau enti rasa ade xkena..lebih baik enti tanye kakak2...maaf lg sekali kalau enti terasa dgn kalam ana..jika kita xmampu jadi org yg membantu perjuangan islam,jgn pula kita jadi org yg merosakkan jalan juang islam..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. ana bukan cuba nak burukkan pmram walaupun hakikatnya ana memang dah meluat dengan cara pmram melayan kami budak medik. ana bukan sekadar buat cerita, ini pengalaman ana sebenar. ana bukan menyebarkan fitnah. sememangnya ini yang terjadi ketika ana kali pertama datang kesini. ana kongsikan dalam blog ini supaya orang tahu keadaan ana ketika ana sampai kesini. sehingga sekarang ana masih lagi setiap perkara yang pmram buat pada ana. seolah-olah mereka cuba mahu mengawal hidup kami. kalau kami melakukan kesalahan, tak salah untuk menegur. tapi kalau semua benda kena buat hanya untuk memuaskan hati mereka, kami rasatak perlu kot. tambahan lagi, enti back up pmram, ana dapat rasa enti penyokong pmram. jangan jadi jumud, ana nampak ramai yang taksub pada persatuan sehingga pendapat orang lain tak boleh pakai. ramai yang gunakan fb palsu untuk burukkan orang lain seperti kedutaan, pegawai dan sebagainya. ana masih tak nampak siapa dikalangan orang yang diburukkan yang buat benda yang sama seperti ahli persatuan pmram sendiri buat. enti nafikan apa yang ana kata, enti sendiri boleh nampak apa yang mereka buat. ana hanya menceritakan apa pengalaman ana. kalau buruk mereka, mereka simpan, buruk orang lain mereka sebarkan. siapa yang salah dalam hal ini. maaf kalau enti rasa ana buat benda ni nak burukkan mereka. hakikatnya, ini yang terjadi ketika ana sampai disini. terpulang pada enti nak menilai macam mana.

    ReplyDelete