Aku bukan siapa-siapa. Aku juga mahasiswa. Aku berhak bersuara, atas fitnah dan kebencian yang disebarkan oleh "mereka-mereka" yang kononnya alim belajar agama tetapi hakikatnya busuk di hati memburukkan pegawai dan pelajar di Mesir.
Tuesday, 21 August 2012
Saturday, 14 July 2012
Hadi Awang PAS Menghisap Darah Mahasiswa Mesir Sehingga Ada Yang Koma (Mati)
Kadang kala rasa malu diri ini bila melihat ada kepimpinan dalam tanah air ini sering mempergunakan kepentingan Agama dan kedudukan mereka dalam meraih simpati rakyat. Malah lebih Gomo bimbang nanah sebegini menjadi busuk sehingga membuatkan negara kita ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir negara.
Gomo terima maklumat dari sahabat Wan Motor melalui blog beliau KLIK DISINI yang berada di Mesir bahawa Presiden PAS Hadi Awang dan rombongan PAS telah hadir kesana berjumpa dengan para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Berjumpa tidak mengapa tetapi ada pekara yang tidak enak berlaku sepanjang perjumpaan tersebut.
Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk anak anak muda melanjutkan pelajaran malah di Mesir sahaja ribuan pelajar mendapat pembiayaan sama ada Biasiswa, PTPTN ataupun melalui Biasiswa dari kerajaan Negeri.
Usaha kerajaan yang ingin melihat anak Malaysia berjaya dalam bidang yang mereka ceburi sedikit sebanyak diGAGALkan oleh pemimpin pembangkang dan kedatangan Haji Hadi Awang ke Mesir adalah dengan niat untuk menghancurkan harapan anak muda dalam menuntut ilmu.
Gomo hairan mengapa Haji Hadi Awang dan rombongan PAS ke Mesir begitu gila sehingga menghasut para pelajar kita disana agar membenci kerajaan dan menentang kerajaan? Gomo bertambah pening mengapa pimpinan PAS begitu dayus sehingga sanggup menjadikan mahasiswa di Mesir sebagai alat mereka dalam meraih kuasa politik?
Apa jasa PAS dalam membantu para pelajar kita? Apa bukti yang PAS boleh banggakan selama ini dalam membantu para pelajar Malaysia yang berada di Mesir ataupun negara negara lain? Apa Jasa PAS?
Tidak cukup dengan manghasut para pelajar Malaysia di Mesir, Hadi Awang bertindak lebih jelek apabila mengutip derma pula daripada pelajar Malaysia di Mesir. Kutipan yang Gomo difahamkan adalah sekitar 25.000 Egyption bersamaan RM13.1578.95 sen. Satu jumlah yang cukup banyak diraih Hadi Awang dalam memerah keringat para pelajar di Mesir untuk PAS.
Ini lah yang merupakan satu pekara yang tidak seharusnya berlaku pada para pelajar kita. Seringkali mereka ini dikerah untuk menyumbang wang bagi tujuan politik pemimpin tertentu walhalkan mereka sediri sebenarnya cukup perih untuk menyimpan wang ataupun menampung kos sara hidup mereka di negeri orang.
Untuk tujuan apa Hadi Awang mengutip derma daripada para pelajar di Mesir? Bukankan sebagai seorang pemimpin sewajibnya Haji Hadi patut memberikan bantuan kepada para pelajar dan bukannya meminta sumbangan dari mereka untuk kepentingan politik?
Dalam pada masa kunjungan Hadi Awang di Mesir itu berlaku pula pekara tidak diingini apabila seorang unit amal PAS dikalangan pelajar daripada Syubro selepas program mengalami kecelakaan dan sedang KOMA di sebuah hospital swasta di Mesir. Tampa bantuan dari pihak Hadi Awang terlantar lah pelajar itu di Hospital dan pihak Kerajaan pula yang mengambil tugas dalam membela pelajar tersebut.
Dimana kewarasan Hadi Awang? Mahasiswa digunakan bagaikan unta untuk kepentingan politik dan apabila sakit ataupun nazak Mahasiswa itu dibiarkan mati ketandusan dipadang Pasir tampa apa apa bantuan sama ada untuk Mahasiswa itu ataupun keluarga pelajar itu. Ada akal kah mereka ini?
Gomo semakin hari semakin risau dengan fenomena ini yang mana PAS hilang arah tuju mereka untuk membela umat apatah lagi untuk menjaga Islam itu sendiri. Benarlah kata orang jika sudah berada di Mesir maka berhati hatilah dengan kumpulan PAS yang berselindung disebalik NGO kerana kumpulan ini akan memerah keringat anda untuk tujuan politik pemimpin PAS yang berada di Malaysia.
Semoga ibu bapa di Malaysia mengambil berat mengenai pekara ini kerana harapan anda semua terletak pada anak anak anda yang menuntut ilmu diseluruh pelusok negara. Jangan biarkan mereka ini menjadi alat politik pimpinan tertentu kerana masa depan mereka akan kabur dengan aktiviti penghisap darah pimpinan politik sepertimana yang dilakukan Haji Hadi Awang di Mesir.
Buat piminan PAS usahlah menjadikan Mahasiswa ini sebagai alat politik anda. Jika ingin menarik mereka ini menyokong anda lakukan lah dengan cara yang terhormat dan kasihi mereka seadilnya dengan memberikan harapan untuk mereka cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Usah jadikan Mahasiswa sebagai ROBOT POLITIK untuk meraih kuasa.
Psssttt.... PAS cukup suka menjadikan mahasiswa boneka meraka....... Awasi anak anak anda.
Saturday, 12 May 2012
PMRAM manipulasi kenyataan Imam al-Akbar Syeikh al-Azhar
Terdapat kenyataan pelajar alAzhar yang menentang kekeliruan teresebut.
Benar, Syeikhul Azhar membenarkan PERHIMPUNAN AMAN.Maksud perhimpunan aman ialah yg tiada kacau bilau,menghormati undang2 dan sebagainya.Sila rujuk kenyataan beliau semasa revolusi dan yg terbaru, AL AHRAM 8 Mei 2012 yg menyatakan bahawa mengemukakan pandangan (demontrasi dsb) dibenarkan selagi mana tidak mengancam keselamatan negara dan merosakkan kepentingan awam.Apa khabar BERSIH 3.0? Adakah ia...nya perhimpunan aman? sejak awal lagi, perhimpunan berkenaan cuba "melanggar" arahan mahkamah utk tidak berkumpul di DATARAN MERDEKA.Para peniaga terjejas hingga ada yang mengalami kerugian yg besar.Bukankah jalan2 raya diganggu?
P/S : Ada org guna kenyataan syeikhul Azhar pada 15 Januari 2012 di MASR EL YOUM.Tahukah anda, kenyataan berkenaan adalah berkaitan isu di LIBYA dan SYRIA?
P/S : Ada org guna kenyataan syeikhul Azhar pada 15 Januari 2012 di MASR EL YOUM.Tahukah anda, kenyataan berkenaan adalah berkaitan isu di LIBYA dan SYRIA?
Monday, 30 April 2012
Wednesday, 18 April 2012
TENTERA ALLAH MENGHAPUSKAN PROGRAM "DUDUK DAN BERAK" SUARA (PAS MESIR)
Taufan melanda Kaherah menghancurkan program SUARA
Akhirnya terbatalkan rancangan mereka yang tidak faham erti bersyukur kepada Allah SWT. Perhimpunan duduk dan berak di Hayyu Asyir yang dirancang awal hari ini (Rabu 18 April 2012) akhirnya terbatal sendiri dengan kuasa Allah SWT. Umpama kaum Aad dan Tahmud akhirnya hancur akibat keegoannya kepada Allah SWT. Semoga kita semua diselamatkan dari mereka yang bongkak dan sombong sebagaimana budak-budak SUARA.
أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ
وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وِأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ
أَتَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـكِن
كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (70) ( التوبة)
Wednesday, 11 April 2012
Pelajar Perempuan Kelantan Ekstrem
adooiiiii negeri mano la ni
bergaduh hanya kerana lelaki. jangan pulak ustazah-ustazah jadi macam ini di mesir. kerana ustaz kuat temberang engkau orang pulak bergaduh tarik tarik rambut. ekekekeke
klik link ini - KERANA LELAKI, ANAK GADIS SANGGUP BERKELAHI !!!
bergaduh hanya kerana lelaki. jangan pulak ustazah-ustazah jadi macam ini di mesir. kerana ustaz kuat temberang engkau orang pulak bergaduh tarik tarik rambut. ekekekeke
klik link ini - KERANA LELAKI, ANAK GADIS SANGGUP BERKELAHI !!!
Pelajar Perempuan PMRAM Kurang Ajar
Apalah nak jadi dengan pelajar perempuan dari pengajian islam di mesir ni. Sebahagian besar dari mereka tersangatlah hipokrit, menipu dan ada juga yang berkelakuan kurang ajar. Apa nak jadilah dengan pelajar-pelajar ni. Pakai purdah dah cantik, bab perangai pulak yang kantol.
Kuat fitnah, kuat mengutuk, kuat mengata dan macam-macamlah kuatnya. Jadilah pelajar yang bermaruah dan tidak memalukan imej islam. pelajar perempuan di kalangan PEMERAM ni lebih kurang ajar daripada pelajar lelaki. kalau berselisih dengan lelaki yang bukan ahli PEMERAM mereka sanggup tutup muka. kalau boleh sampai nak tekap muka tu kat dinding. tapi kalau jumpa set-set PEMERAM lelaki mereka, berborak panjang sampai tak ingat dunia.
Hipokrit nak mampus budak-budak perempuan pengajian islam kat sini. yang berlelakuan kurang ajar kat sini entahlah tidak lulus belajar. ada hati nak kerek dengan orang lain. kelas pun tak pergi. balik balik tutorial PEMERAM je yang diorang na pergi. yang mengajar pun tak lulus-lulus.
Subscribe to:
Posts (Atom)













