Tuesday, 3 April 2012

PMRAM BAKAL TERKUBUR TANPA BATU NISAN

 
 
 
Facebook
 
PMRAM dan Ezo Egypt : antara mimpi dan realiti.

 1. Saya telah mengikuti perkembangan PMRAM sejak umur saya 16 tahun sehinggalah sekarang, dari awal munculnya internet di Malaysia sampai ler kepada dunia laman sosial.

2. PMRAM pada awal minda saya, memang saya sokong, saya banggai, dan saya kagumi. Sokong kerana PMRAM... adalah wadah sosialisasi pelajar malaysia di mesir, bangga kerana ramai alumni PMRAM menjawat jawatan tinggi di Malaysia baik dalam Kerajaan (BN) dan organisasi lain. Kagum kerana PMRAM memainkan peranan yg aktif ketika suka duka pelajar malaysia di mesir. bahkan bukti betapa sayangnya saya kepada PMRAM, USDXXX saya bank-inkan untuk dana Syaqah PMRAM walaupun saya bukan ahli PMRAM apatah lagi menjadi warga di Atrak Al-Azhar. itulah tanda kasih saya kepada PMRAM seketika dulu.

3. Dulu-dulu juga, pada awal minda saya, Ezo Egypt memang patut dilanyak, dihina dina, dimaki hamun dan sepatutnya dinyahlingkupkan dari bumi Mesir. Itulah Ezo Egypt yang saya benci ketika dulu. Ajaibnya, sampai sekarang saya tidak tahu kenapa saya membenci Ezo Egypt satu ketika dulu ?.

4. Kini, kenapa saya membenci PMRAM ? dan kembali bersahabat dengan Ezo Egypt ?, inilah yang dikatakan Hikmah. Dulu suka sekarang menjadi benci, dulu benci kini menjadi suka.

5. Saya mula membenci PMRAM selepas PRU 2008, waktu itu PMRAM sudah mula diresepi propaganda Pakatan Haram, habis semua "madu2" PMRAM disedut oleh Pakatan, habis hilang "dara" PMRAM bilamana senang2 "dirogol" Pakatan Haram, saban waktu dan ketika, berduyun2 pemimpin Pakatan datang ke Mesir membawa racun dan bisa-bisa untuk disantapi pelajar2 malaysia di mesir, dimasak dan dihidang dengan pelbagai propaganda, idealisme jahat lagi songsang, provokasi itu dan ini, serta segala macam mak nenek entah apa lagi jampi serapah dukun mana yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Haram ke mesir, dalam ribut dan kekalutan itu, saya lihat dari jauh, Ezo Egypt masih di Mesir, berjaya dengan bergaya di Al-Azhar, diterima masuk ke Dar-Ulum, sedangkan pemimpin PMRAM yang saya kagumi ketika dulu seperti Anhar Opir, Azam Abdul Samad, Khairul Anwar, Hairul Nizam dan lain2nya, ada yang pulang ke malaysia dengan ijazah cukup2 makan, kalau ada pun yang "cemerlang" masih "nyawa-nyawa ikan" di Mesir.

6. Bahkan, ada mantan presiden PMRAM yang amat saya kagumi corak kepimpinannya dulu, lantang mengutuk kerajaan malaysia itu ini satu ketika dulu, kini sekonyong-konyong menjadi tenaga pengajar di salah sebuah IPTA tersohor, ada menjadi Pegawai Tertinggi di Jabatan Pelajaran Negeri-negeri, ada yang menjadi Pakar Perubatan Kanan (Gaji Gred JUSA C) yang dulu di mesir bukan main lantang lisan mereka bersuara mencaci maki Kerajaan. Lantas minda saya mula dihujani pelbagai persoalan, munafikkah mereka ini atau aku yang berada di alam mimpi ?.

7. Itulah realitinya PMRAM sekarang, disangka hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengah hari, dirasakan indahnya rupa, rupa-rupanya "indah khabar" yang singgah dihalwa telinga. Semakin aku membenci PMRAM bilamana melihat PMRAM sanggup diperkhinzirkan dilacurkan dalam aksi BERSIH 2.0, itu belum lagi "solat hajat" kes ARMA/DMAK, sanggup pula mempergunakan segala macam hujah Maqasid itu dan ini demi menghalalkan matlamat dengan cara yang songsang, menutup atas kesalahan sendiri tetapi jari tulunjuk galak menyalahkan orang lain, segala macam makian, hinaan, entah apa lagi ayat2 purbakala yang dilemparkan kepada wakil kerajaan malaysia di mesir (sedangkan mereka itu jugalah yang menjadi ibu dan ayah dikala susah). Ya Rabb, rupanya indahnya itu hanya berlegar di mata, tidak dihati.

8. Antara mimpi dan realiti, orang yang dibenci itu pula semakin ramai mendekatinya, yang disayangi itu pula yang semakin dijauhi, walau atas nama atau slogan apa jua bagi menutup "malu" dan "alah" mereka, benci itu semakin menjadi barah. Hampir-hampir dengan waktu PRU 13 ini, semakin galak PMRAM membuat onar, awwaliyat asal sudahlah tersasar jauh, sanggup pula menjadi agen bertopengkan Islam, mempergunakan Islam demi menghalalkan perilaku "pelik dan songsang". Mengagungkan individu yang sudah sedia dicemari skandal, masih lagi mahu mengapungkannya sedangkan dirinya pun sudah hampir karam dan tenggelam dilautan jiwa ummat. Ya Rabb, PMRAM masih belum sedar rupanya, sedap diulit mimpi.

9. Ezo Egypt yang dibenci dulu-dulu kala sudah menjadi sahabat, walau di alam maya sekalipun, ukhuwah tetap bertautan, ramai pula yang mencemburui, semakin galak mereka menabur domba, fitnah dan keji maki,ahh, peduli apa aku.

10. Ternyata, antara mimpi dan realiti, ALLAH telah membuka mata ini, baik mata hati apatah lagi mata di minda. Akal budi yang ALLAH kurniai, maka wajarlah digunakan sebaik mungkin. Mujur, aku tak tersilap langkah, masih ada peluang untuk memperbaiki lobang-lobang didenai hati. Semoga ianya berkekalan disanubari. ALLAHUMMA ASYHAD !!.

p/s : "Betul kata Ezo, biar ditembak sekalipun, aku tetap takkan sertai PAS, cukup hanya sekali, bukan dua atau tiga".

No comments:

Post a Comment